Sepaktakraw kembali jadi sukan teras? - Utusan Malaysia

Sepaktakraw kembali jadi sukan teras?

SEPAKTAKRAW mungkin kembali dalam senarai sukan teras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan mempertimbangkan semula kemasukan sepaktakraw dalam sukan teras selepas tiga tahun digugurkan.

“Dahulu tiga sukan digugurkan daripada sukan teras iaitu sepaktakraw, angkat berat dan taekwondo tetapi punca sebenar tidak ketahui.

“Saya akan berbincang dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan PSM (Persatuan Sepaktakraw Malaysia) untuk kita lihat semula, mungkin ia akan kembali dibawa masuk.

“Saya akan beri pertimbangan serius terhadap sukan ini untuk dimasukkan ke dalam sukan teras,” katanya selepas perasmian Liga Sepaktakraw (STL) di Stadium Titiwangsa, hari ini.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Pada 2018, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan angkat berat, sepaktakraw dan taekwondo digugurkan daripada 19 sukan teras bermula Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemerosotan prestasi ketiga-tiga sukan itu selain isu doping serta kemelut kepimpinan dalam persatuan.

Reezal bagaimanapun tidak mengulas nasib dua lagi sukan yang digugurkan tetapi akan meneliti semula punca ia digugurkan.

“Saya tidak boleh buat keputusan mengenainya kerana saya perlu melihat semula kenapa ia digugurkan dahulu dan akan mempertimbangkan semula,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya