fbpx

24 September 2020, 5:16 pm

  TERKINI

‘Saya buat benda bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Neymar mengakui, dia melakukan perkara ‘bodoh’ selepas dilayangkan kad merah ketika Paris Saint-Germain (PSG) kalah 0-1 kepada Marseille dalam aksi Ligue 1 semalam.

Bagaimanapun penyerang Brazil itu tetap dengan pendirian mahu pengadil mengambil tindakan terhadap pertahanan Sepanyol, Alvaro Gonzalez yang didakwa menghambur kata-kata perkauman.

Neymar antara lima pemain dibuang padang dalam pergaduhan di hujung permainan, dan selepas itu dia mendakwa Gonzalez memanggilnya ‘monyet’ dalam beberapa siri tweet.

PSG menyokong pemain termahal dunia itu, dengan berkata kelab adalah ‘penyokong kuatnya’ tetapi Neymar tetap menjangkakan dia bakal dikenakan hukuman esok.

NEYMAR

“Semalam saya memberontak. Saya dihukum dengan kad merah kerana mahu memukul seseorang yang menghina saya.

“Saya rasa saya tidak boleh meninggalkannya tanpa berbuat sesuatu kerana saya sedar mereka yang bertanggungjawab tidak melakukan sesuatu, tidak menyedari atau tidak menghiraukannya,” kata Neymar dalam Instagram

Neymar dibuang padang kerana memukul Gonzalez di belakang kepalanya. Rakan sepasukan, Layvin Kurzawa dan Leandro Paredes turut dibuang padang selain pemain Marseille, Dario Benedetto dan Jordan Amavi.

“Dalam sukan kami, keganasan, menghina, menyumpah menjadi sebahagian perlawanan, sering menjadi pertikaian. Anda tidak boleh menjadi penyayang.

“Saya faham pemain ini, semuanya sebahagian permainan, tapi perkauman dan tidak bertoleransi tidak boleh diterima,” kata Neymar. – AFP