Sapura, Terengganu ungguli TTT Kebangsaan - Utusan Malaysia

Sapura, Terengganu ungguli TTT Kebangsaan

TEAM Sapura Cycling mengungguli acara ujian masa berpasukan lelaki dalam Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020 di Melaka hari ini. – TEAM SAPURA CYCLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

A: Kelab benua ternama Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC) membuktikan kehebatan apabila muncul juara ujian masa berpasukan (TTT) elit lelaki dalam Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020 di Rumah Melaka, Bukit Katil, sejauh 75 kilometer hari ini.

Kuartet Mohamad Saari Amri Abd. Rasim, Muhammad Nur Aiman Rosli, Muhsin Al-Redha Misbah dan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri meraih kejuaraan pertama dalam kalendar berbasikal 2020 dengan masa 1 jam 35 minit 31.706 saat.

Selepas lebih 10 bulan sepi daripada kejohanan kompetetif, Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2020 dianggap pentas terbaik buat TSC memperagakan kehebatan.

PDRM yang membariskan kuartet emas Sukan SEA 2017, Muhammad Ameen Ahmad Kamal, Muhammad Ameer Ahmad Kamal, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Nik Azwan Zulkiflie dan Muhammad Elmi Jumari di tangga kedua dengan ketinggalan 5:04.487s di belakang TSC.

Sabah menerusi Chee Wen Chun Waldron, Bong Yong Xian dan Lim Chun Kita melakar kejutan apabila menduduki tempat ketiga sekalipun hanya menampilkan tiga pelumba.

Agak menarik catatan masa purata TSC ialah 47.107 kilometer/sejam dan pencapaian ini dianggap cemerlang kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac lalu telah mengekang ramai pelumba berlatih secara konsisten.

Dalam saingan wanita sejauh 45km, Terengganu A meneruskan dominasi apabila kombinasi Ezzatie Fifyana Shazwanie Shaiful Hisham, Nurul Najwa Mohamad Fauzi, Siti Nur Ali Mansor dan Fatin Noryasminajwa Norhisham muncul juara menerusi masa 1:08.32.940s.

Selangor A yang membariskan Nurul Nazirah Rosli, Maria Mohammad dan Nurqadrina Emylia Norzali di tempat kedua, manakala Johor A ketiga dengan masa 1:12.37.929s.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya