'Real sukarkan hidup saya' - Utusan Malaysia

‘Real sukarkan hidup saya’

GARETH Bale menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Wales di The Vale Resort, berdekatan Hensol semalam dalam persiapan menghadapi Liga Negara-Negara Eropah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Gareth Bale mendedahkan, dia sudah bersedia untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris tetapi langkahnya disekat oleh Real Madrid.

Kata bintang Wales itu, dia bukan pemain yang diinginkan di Santiago Bernabeu selepas sering disisihkan oleh pengurus pasukan, Zinedine Zidane.

Malangnya gergasi bola sepak Sepanyol itu tidak memudahkan urusannya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu, malah dilaporkan enggan membayar baki dua tahun gaji terakhir pemain itu dalam sebahagian daripada perjanjian.

Bale yang menyertai Real pada 2013 dengan rekod perpindahan tertinggi dunia ketika itu, 85 juta pound (RM468.75 juta) dari Tottenham, hanya beraksi 20 kali dalam semua pertandingan musim lalu dan berang dengan cara kelab menangani perpindahannya.

“Tahun lalu mereka menyekat semuanya pada saat akhir, jadi ia adalah projek dari tahun lalu tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Ada beberapa insiden lagi di mana kami cuba untuk berunding dengan kelab tetapi mereka tidak membenarkan atau mempedulikannya, jadi apa lagi boleh saya katakan.

“Saya ingin bermain dan masih bersemangat untuk bermain bola sepak, jadi sekarang ia terpulang kepada kelab.

“Tiada apa boleh saya lakukan, mereka menguasai semuanya. Saya masih mempunyai kontrak jadi apa yang boleh saya lakukan hanyalah meneruskannya seperti biasa dan berharap sesuatu akan berlaku,” katanya kepada Sky Sport News.

Penyerang 31 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan kelab lamanya Tottenham, dan dia mendedahkan dia terbuka dengan cadangan kembali ke England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya