fbpx

7 Mei 2021, 12:33 am

  TERKINI

Perak Bison terima ganjaran

KHAIRUL Shahril Mohammed (tiga dari kiri) menyampaikan habuan atas kejayaan Perak muncul juara Piala Sumbangsih STL 2020 semalam. - IHSAN PERAK BISON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Perak Bison menerima ganjaran wang tunai RM3,000 selepas berjaya muncul juara Piala Sumbangsih Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2020 semalam.

Pemberian ganjaran itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohammed sebagai mengotakan janji kepada pemain.

Perak Bison menumpaskan Selangor Piston 21-11, 21-15 dalam perlawanan yang turut membuka tirai STL 2020 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Trio Bison yang dibarisi Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin, Fadil Mustapha dan Azwan Muhrim hanya mengambil masa 45 minit untuk menjinakkan regu lawan.

“Permulaan yang baik dan Perak kini sudah memenangi semua trofi.

“Bagaimanapun perjalanan baru bermula, saya harap pemain menumpukan perhatian terhadap kempen liga selepas ini,” kata Pengurus Perak Bison, Mohd. Jaffrey Zainol kepada Utusan Malaysia.