Negeri Sembilan Antlers sasar tiga terbaik STL 2020 - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan Antlers sasar tiga terbaik STL 2020

MOHAMAD Taufek Abd. Ghani (empat, dari kanan) menyempurnakan Majlis Pengenalan Negeri Sembilan Antlers yang akan beraksi dalam saingan STL 2020 hari ini. – UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan Antlers menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Premier Liga Sepaktakraw (STL) 2020 yang bakal bermula 18 September depan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans), Wan Mohd. Husni Abdullah menjelaskan, apabila saingan tahun ini diputusan tanpa kehadiran pemain import, peluang setiap pasukan adalah terbuka tidak terkecuali bagi Negeri Sembilan Antlers.

“Memang kami mengidam-idamkan untuk berada dalam kedudukan antara tiga terbaik, pada tahun ini saingan adalah tanpa pemain import dan ia sangat terbuka buat semua pasukan jadi kami rasa mampu menggugat pasukan-pasukan lain.

“Kami juga harap dapat terus kekal di Liga Premier dan tidak turun, kami akan cuba yang terbaik.

“Kami lihat pasukan seperti Kuala Lumpur Thunder juga sangat baik kerna dibarisi pemain-pemain berpengalaman namun Negeri Sembilan Antlers akan tampil dengan kekuatan sepasukan dengan persefahaman antara pemain yang telah dibentuk sejak tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan Antlers yang akan beraksi dalam saingan STL 2020 dekat sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd. Ghani dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Akramuddin Abd. Aziz.

Sementara itu, Wan Mohd. Husni berkata, Negeri Sembilan Antlers pada tahun ini membawa dua orang pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan iaitu pemain apit kanan, Aiman Fouzee yang sebelum ini beraksi bersama Kelantan Warrior dan tekong dari skuad pelapis Malaysia, Syahmi Ikhwan Safaruddin.

“Selain itu, kami meletakkan pemain kebangsaan yang mengalami kecederaan semasa Sukan Sea Filipina tahun lepas iaitu Khairol Zaman Hamir Akhbar sebagai pengurus pasukan Negeri Sembilan Antlers.

“Kami mengharapkan pengalaman yang ada padanya semasa beraksi dengan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa akan membimbing seluruh pemain bagi menghasilkan kejayaan buat pasukan kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya