MU, Spurs boleh beli Bale RM98.78 juta. - Utusan Malaysia

MU, Spurs boleh beli Bale RM98.78 juta.

GARETH Bale kini boleh dibeli pada harga serendah RM98.78 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United dan Tottenham diberitahu, mereka kini boleh mendapatkan Gareth Bale hanya pada harga 18.5 juta pound (RM98.78 juta).

Real Madrid amat terdesak untuk melepaskan bintang Wales itu yang menerima gaji 600,000 pound (RM3.2 juta) seminggu.

Akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan, United berada pada petak pertama untuk membawa pemain pemain berusia 31 tahun itu.

Kemasukan Bale mampu memberi kekuatan di bahagian sayap Red Devils, namun Jadon Sancho kekal sebagai sasaran No. 1 pasukan.

Bagaimanapun rundingan dengan Borussia Dortmund amat rumit selepas kelab itu meminta 108 juta pound (RM576.66 juta) untuk melepaskan Sancho.

Bale menyertai Real pada 2013 menerusi perpindahan rekod dunia ketika itu 89 juta pound (RM475.21 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya