Messi 'serang' Barcelona lagi - Utusan Malaysia

Messi ‘serang’ Barcelona lagi

KOMBINASI Lionel Messi (kiri) dan Luis Suarez kini tinggal kenangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lionel Messi yang memilih untuk kekal bersama Barcelona secara terpaksa, bertindak ‘menyerang’ gergasi bola sepak Sepanyol itu sekali lagi, kali ini berhubung penyingkiran rakan baiknya, Luis Suarez.

Suarez, 33, dilaporkan mahu kekal bersama kelab The Catalan musim ini sekalipun hanya sebagai pemain gantian, namun dia terpaksa bersetuju untuk meninggalkan Camp Nou selepas diberitahu  namanya tiada dalam perancangan jurulatih baharu, Ronaldo Koeman.

Kelmarin, Barcelona mengumumkan kelab itu bersetuju dengan perjanjian perpindahan Suarez ke Atltico Madrid, berita yang amat menyakitkan hati Messi.

“Ia pasti pelik apabila melihat kamu menyarung jersi lain dan lebih pelik lagi apabila beraksi menentang kami.

“Kamu berhak pergi dengan kerelaan sendiri; salah seorang pemain paling penting dalam sejarah kelab, memenangi pelbagai kejuaraan sebagai satu pasukan dan individu.

“Tidak sepatutnya mereka menyingkirkan kamu seperti mana yang dilakukan sekarang, namun secara jujurnya, ia bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Messi dalam Instagram.

Kenyataan Messi itu satu lagi bukti dia tidak lagi sehaluan dengan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, individu yang menyaksikan penyerang Argentina itu hampir meninggalkan kelab, Ogos lalu.

Selain Suarez, seorang lagi rakan baik Messi, Arturo Vidal turut meninggalkan Barcelona secara ‘terpaksa’ untuk menyertai Inter Milan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya