Messi ikat kontrak 'termahal dalam sejarah bola sepak' - Utusan Malaysia

Messi ikat kontrak ‘termahal dalam sejarah bola sepak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lionel Messi dilaporkan bersetuju untuk menyertai Manchester City dengan perjanjian lumayan bernilai 623 juta pound (RM3.45 bilion).

Bintang penyerang Argentina berusia 33 tahun itu hampir pasti akan meninggalkan Camp Nou musim depan.

Menurut akhbar Record Sport, Messi bersetuju dengan terma kewangan untuk menandatangani kontrak lima tahun yang secara keseluruhan bernilai 623 juta pound.

Perjanjian itu akan menjadikannya pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Ia bersamaan 14,200 pound (RM787,83) sejam, 341,000 pound (RM1.89 juta) sehari, 2.4 juta pound (RM13.32 juta) seminggu dan 10.4 juta pound (RM57.70 juta) sebulan.

Messi akan menghabiskan tiga musim di Etihad sebelum menyertai kelab milik City Football Group (CFG) dalam Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat (AS), New York City FC selama dua musim.

Menurut laporan itu lagi, Messi turut ditawarkan saham dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej perjanjian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya