Klopp gembira bawa Thiago ke Anfield - Utusan Malaysia

Klopp gembira bawa Thiago ke Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp berkata, dia orang paling gembira melengkapkan perpindahan Thiago Alcantara ke Liverpool hari ini.

Pengendali Reds itu menyifatkan Thiago, 29, sebagai pemain tengah yang ‘menakjubkan’.

Bintang Sepanyol itu yang memiliki baki kontrak setahun bersama Bayern Munich akhirnya menyertai Liverpool menerusi yuran perpindahan 20 juta pound (RM106.55 juta).

Dia menyertai juara Liga Perdana Inggeris itu menerusi perjanjian empat tahun.

“Saya sangat gembira ia akhirnya menjadi kenyataan. Keadaan tidak mudah kerana dalam situasi kami, semua orang bercakap tentang perkara ini.

“Apabila kami menghubunginya dan mendapat tahu dia juga sukakan projek ini, ia sesuatu yang hebat.

“Saya gembira membawa masuk pemain hebat dalam pasukan. Ia penambahan yang bagus untuk skuad,” kata Klopp. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.