fbpx

KL tempang jumpa Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) tetap optimis menjelang pertemuan separuh akhir Piala Tun Razak 2020 menentang Perak esok meskipun mungkin tempang tanpa khidmat dua tonggak utamanya.

Dua pemain terbabit, Nor Azrul Abdul Rahman selepas mengalami kecederaan serius di lutut kiri selain penyerang Shahril Saabah (bahagian paha) mencetuskan keresahan kepada skuad ibu kota itu.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Hoki KL, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin percaya jurulatihnya S. Selvaraju sudah pasti mempunyai ramuan tersendir dalam menangani situasi getir tersebut.

MEGAT D Shahriman Zaharudin (tengah) mengatakan sesuatu kepada skuad KL ketika berdepan PDRM dalam saingan Piala Tun Razak yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.- PHKL

“Saya percaya dengan kemampuan beliau (Selvaraju), walaupun masih muda namun dia sudah pasti bersedia dengan taktikal tersendiri untuk menyekat kemaraan Perak.

“Setakat ini saya tidak dapat menjangkakan sama ada dua pemain ini dapat beraksi untuk esok kerana bergantung kepada tahap kecederaan. Bagi saya kecederaan adalah perkara biasa, pasukan lain turut mengalami perkara sama.

“Memang Perak turun selaku pasukan pilihan dengan dipenuhi pemain kebangsaan, tetapi saya percaya kejutan mampu dilakar kami berdasarkan faktor pasukan saya yang dibarisi pemain berpengalaman,” katanya.

KL mara ke separuh akhir selepas berjaya mengatasi PDRM 3-2 dalam aksi suku akhir semalam hasil dua jaringan Shahril Saabah dan satu gol oleh Danial Asyraf.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi ekoran kecederaan yang menimpa Nor Azrul dan Shahril yang merupakan penjaring terbanyak KL dengan lima gol.

Sementara itu, penolong jurulatih KL, Herwan Pami mengesahkan terpaksa melupakan khidmat Nor Azrul manakala status Shahril belum dapat dipastikan untuk aksi menentang Perak.

POPULAR