KL pamer kebangkitan dalam Piala Tun Razak - Utusan Malaysia

KL pamer kebangkitan dalam Piala Tun Razak

PEMAIN Kuala Lumpur (kanan) bersaing dengan Sarawak dalam Piala Tun Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semangat berpasukan menjadi kunci terhadap kebangkitan skuad hoki wanita Kuala Lumpur (KL) untuk mara ke peringkat Kumpulan XY Piala Tun Razak 2020 apabila mengatasi Sarawak 4-0 hari ini.

Kapten KL, Nur Syafiqah Zain berkata, dia kagum dengan semangat juang yang dipamerkan rakan sepasukan yang tidak mudah mengalah sekalipun tewas kepada Melaka 0-1 dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu.

Selepas kalah kepada Melaka, KL bagaimanapun bangkit pada perlawanan kedua menewaskan pasukan pilihan Pahang 2-1 hari berikutnya, sebelum mengatasi Sarawak untuk mara ke peringkat Kumpulan XY di samping juara bertahan Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

“Macam tak percaya! Pada satu ketika sudah terlintas di fikiran bahawa kami mungkin tersingkir. Kami tahu ia sukar tambahan pula kami perlu mencari kemenangan ke atas Pahang.

“Tetapi berbekalkan semangat berpasukan yang tinggi dan permainan mati-matian, kami berjaya tewaskan Pahang yang diperkuatkan lima pemain kebangsaan,” kata Syafiqah selepas tamat perlawanan.

Saingan menentang Sarawak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu menyaksikan satu gol masing-masing daripada Nur Zafirah Aziz pada minit ketujuh, Nur Syaza Afiqah (m-23), Nur Arisya Effandi (m-26) dan Norazlin Sumantri (m-39).

Sementara itu, jurulatih, Iman Gobinathan mengakui pukulan sudut penalti menjadi antara bahagian yang perlu dipertingkatkan menjelang aksi Kumpulan XY.

“Kami perlu memanfaatkan tempoh rehat esok untuk memperbaiki ketajaman pukulan sudut penalti. Saya lihat, semangat pemain saya berada pada tahap tertinggi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya