fbpx

KIP sudah mula ‘panas’

KHAIRUL Idham Pawi sebelum memulakan perlumbaan dalam Grand Prix San Marino di Litar Misano kelmarin.
  • Oleh Norzie Mohamed Khasbi
  • 14 September 2020, 8:11 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi yakin tunggangannya akan meningkat sedikit demi sedikit selepas menamatkan saingan di tempat ke-21 di Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano kelmarin.

Pelumba Petronas Sprinta Racing itu berkata, dia perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tunggangan setelah menjalani pembedahan bagi ‘membuang’ jari kelengkeng kanannya itu pada hujung bulan lalu.

“Sangat baik apabila dapat berlumba semula. Saya dapat meningkatkan tempoh masa sepusingan hari demi hari termasuk perlumbaan hari ini (kelmarin). Bagaimanapun saya sedar, ia belum cukup.

“Selepas terlepas beberapa perlumbaan dan menjalani pembedahan, saya tahu saya perlukan masa untuk dapatkan rentak semula. Apa pun saya gembira kerana ada peningkatan.

“Biarpun ada rasa janggal di bahagian tangan tetapi saya yakin bahawa itu akan menjadikannya lebih baik kerana ia (kecederaan) menghantui sejak sekian lama sehinggalah saya membuat keputusan untuk dibedah,” katanya.

Khairul atau lebih selasa dipanggil KIP menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40 minit 7.283 saat, manakala rakan sepasukannya, John McPhee memenangi perlumbaan pertamanya musim ini (39:48.952s).

Mengulas lanjut, pelumba yang bakal menginjak usia 22 tahun pada GP Emilia Romagna Ahad ini berkata, dia mahu melakukan perlumbaan lebih baik berbanding kelmarin memandangkan saingan tersebut berlangsung di litar sama.

BERITA BERKAITAN