JDT beri penghormatan buat Figueroa - Utusan Malaysia

JDT beri penghormatan buat Figueroa

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (tengah) dan pemain JDT dalam perasmian kawasan tempat duduk penonton 'Luciano Figueroa Stand' di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menamakan satu kawasan tempat duduk penonton di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sempena pengurus Luciano Figueroa sebagai pengiktirafan terhadap pemain itu yang mempunyai karier gemilang sebelum bersara pada 2018.

Figueroa menyertai JDT pada tahun 2014 telah menjaringkan 43 gol dan merekodkan 14 bantuan jaringan dalam 71 perlawanan selama dua musim sebagai pemain import.

Dalam tempoh tersebut, bekas pemain kebangsaan Argentina itu berjaya mengetuai skuad Harimau Selatan melakar sejarah menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara memenangi Piala AFC pada 2015 selain merangkul dua kejuaraan Liga Super pada 2014 dan 2015 dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2015.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kelab akan sentiasa menghargai pemain, barisan kejurulatihan dan kakitangan yang telah berkhidmat dan mencipta sejarah bersama pasukan.

“JDT adalah sebuah kelab yang memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada bola sepak Johor.

“Hari ini, kami mengiktiraf sumbangan bekas pemain dan pengurus pada masa ini, Luciano Figueroa yang telah memenangi pelbagai trofi termasuk detik bersejarah menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenangi Piala AFC. Nama beliau akan selamanya tertera di stadium ini,” kata Tunku Ismail.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kiri) merasmikan kawasan tempat duduk penonton ‘Luciano Figueroa Stand’ di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kawasan tempat duduk penonton ‘Luciano Figueroa Stand’ di sini hari ini.

Yang turut hadir bersama adalah Duta Besar Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas.

Pengurus Harimau Selatan yang berusia 39 tahun itu pernah dilantik sebagai duta kelab JDT pada tahun 2017.

Menyorot kembali perjalanan karier pemain kelahiran Argentina itu, setelah menggantung but 2015, beliau kembali menyarung jersi JDT sekali lagi pada 2018 dan membantu pasukan memenangi Piala Sultan Ahmad Shah dan juga Liga Super.

Beliau turut berjaya memenangi dua lagi Piala Sultan Ahmad Shah (2018, 2019), Liga Super 2019 dan juga Piala Malaysia 2019 sebagai pengurus sejak menggalas tugas itu pada Ogos 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya