'Jangan takut jumpa Terengganu' - Utusan Malaysia

‘Jangan takut jumpa Terengganu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang diminta tidak gentar berdepan Terengganu dalam separuh akhir kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil esok.

Di atas kertas Terengganu memiliki kelebihan untuk ke final selepas membelasah satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan 14-0, membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-0, menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 dan menewaskan Sabah 2-1 pada suku akhir semalam.

Pengurus Pahang, Wan Mazlan Wan Isa berkata, rekod yang dimiliki anak-anak didik bekas pemain kebangsaan dan kini jurulatih Terengganu, Tai Beng Hai boleh menghadirkan rasa gerun kepada anak buahnya.

Pahang dan Terengganu bukan sahaja berentap untuk memburu tiket akhir tetapi boleh dikatakan penentu status siapa raja elit Pantai Timur walaupun rekod tidak memihak anak-anak buah Wan Mazlan.

TERENGGANU (baju putih) menjadi pilihan untuk mengalahkan Pahang dalam separuh akhir esok.

“Pahang tak perlu gentar, jangan terlalu menghormati lawan hingga menjejaskan rentak permainan di padang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Pahang tidak perlu rendah diri kerana mereka telah membuktikan mampu melakukan kejutan menewaskan juara bertahan, Melaka 2-1 pada suku akhir.

Wan Mazlan sedar penyerang Terengganu, Faizal Saari yang juga penjaring terbanyak termasuk meledak enam gol ketika menewaskan Kelantan selain Ahmad Akhimullah Anuar, Ismat Rohulamin perlu diberi perhatian khusus.

Jurulatih Pahang, Mohd. Sufian Mohd. pasti mengharap Mohd. Hafiz Zainol dan Nor Firdaus Rosdi serta Ariff Shafie yang juga pemain kebangsaan selain Mohd. Hamiz Mohd. Akhir dan penjaga gol Skuad Olimpil Remaja di Argentina berupaya untuk menyekat serangan lawan.

Pahang yang tidak pernah menjulang kejuaraan kecuali dua kali muncul naib johan pastinya tidak melepaskan peluang terbaik untuk mencuba sekali lagi tahun ini.

Menurut Wan Mazlan, Pahang tidak boleh melepaskan peluang untuk bergelar juara selepas sekian lama berusaha membentuk pasukan mantap bermula di peringkat sekolah lagi.

“Mulai 1997, hampir keseluruhan pemain yang ada lahir dari Akademik Hoki Pahang di Sekolah Menengah Seberang Temerloh dan ada di antara mereka dari skuad Sukma Pahang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya