Empat gol Son ketuai kemenangan Spurs - Utusan Malaysia

Empat gol Son ketuai kemenangan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Son Heung-min meledak empat gol, kesemuanya hasil bantuan Harry Kane ketika membantu Tottenham menundukkan Southampton 5-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Selepas memulakan musim dengan hambar apabila tewas 0-1 kepada Everton minggu lalu, nasib serupa seolah-olah akan menimpa Tottenham sekali lagi selepas ketinggalan menerusi gol Danny Ings pada minit ke-32.

Heung-min bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 beberapa saat sebelum tamat babak pertama.

Bintang Korea Selatan itu kemudian meletakkan pasukannya mendahului 2-1, dua minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Dia menambah dua lagi gol pada minit ke-64 dan 74, sebelum giliran Kane melengkapkan jaringan kelima pelawat, dua minit sebelum tamat permainan.

“Ia satu penghormatan besar berjaya meledak empat gol dalam perlawanan Liga Perdana.

“Saya mendapat empat bantuan gol daripada pemain yang hebat. Kami telah lama bekerjasama, lebih lima tahun jadi kami amat memahami satu sama lain,” kata Heung-min. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.