Dr. Vida, KL ada 'jodoh'?

Dr. Vida, KL ada ‘jodoh’?

Dr. Hasmiza Othman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menawar diri untuk memiliki kelab Liga Malaysia (Liga M), jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman akhir­nya bakal memulakan rundingan bersama Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Setia­usaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa dan pertemuan mungkin diadakan dalam masa terdekat atau minggu depan.
Kata Nokman, KLFA sudah berunding dengan beberapa pihak yang menyatakan minat memiliki Kuala Lumpur tetapi semua menemui jalan buntu apabila mereka memberi­tahu syarat yang ditetapkan.

“Setakat ini ramai yang sekadar bercakap kosong mengenai minat membeli Kuala Lumpur. Ada juga yang serius tetapi apabila diberitahu syarat-syaratnya mereka mahu berfikir dahulu.

“Seperti saya cakap sebelum ini syarat yang diletakkan adalah situasi menang-menang antara kedua-dua pihak.

“Berkaitan Dr. Vida kita mungkin mengadakan pertemuan de­ngan beliau minggu ini atau minggu depan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nokman sebelum ini berkata, mana-mana pihak yang berminat memiliki Kuala Lumpur harus memiliki sekurang-kurangnya RM5 juta, jumlah yang disifatkan Dr. Vida sebagai agak tinggi.

Begitupun beliau sedia berunding dengan KLFA untuk mendengar apa yang boleh ditawarkan kedua-dua pihak.

Sementara itu, KLFA sudah menyenarai pendek tiga calon Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi menguruskan pengurusan pen­swastaan kelab tersebut musim depan.

Bagaimanapun, proses pemilihan masih berjalan dan Nokman memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk menerajui Kuala Lumpur selepas proses pemisahan FA (persa­tuan) ke FC (kelab) selesai hujung bulan ini.

Kata Nokman, KLFA sudah menubuhkan syarikat sejak 2012 cuma kali ini perlu menurut segala kriteria yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Liga Malaysia (Liga M) muncul satu-satunya liga di Asia yang menyaksikan kelab bermain bersama persatuan.

FAM mengambil pendekatan tegas untuk memastikan hanya kelab dibenarkan bermain dalam saingan Liga M musim depan dan tarikh akhir penyerahan dokumen FA ke FC akan tamat pada 30 September ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya