Dias kukuhkan benteng City - Utusan Malaysia

Dias kukuhkan benteng City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

LONDON: Manchester City yang berdepan isu pertahanan goyah berharap menemui penyelesaian terbaik selepas mengesahkan kehadiran bek tengah  Portugal, Ruben Dias hari ini.

Dias, 23, menandatangani kontrak enam tahun selepas dijual kelab lamanya, Benfica pada harga 68 juta euro (RM331.7 juta) termasuk tambahan 3.6 juta euro (RM17.56 juta) menerusi bonus.

Sebagai sebahagian perjanjian, pertahanan Argentina, Nicolas Otamendi akan berhijrah ke Benfica dengan nilai 15 juta euro (RM73.19 juta).

“Diberi peluang menyertai kelab seperti Manchester City sangat menakjubkan dan sesuatu yang sukar ditolak.

“Kejayaan mereka menceritakannya sendiri. City pasukan dominan di England sejak beberapa tahun lalu, bermain corak menyerang, dan ia sesuai dengan gaya saya.

“Sangat hebat dapar menjadi sebahagian  skuad berbakat dan bermain di bawah pengurus kelas dunia seperti Pep Guardiola yang memiliki rekod baik membangunkan pemain muda seperti saya.

“Saya percaya boleh meningkat di sini, di kelab yang bercita-cita besar seperti saya dan saya akan berikan apa sahaja untuk berjaya dan menang gelaran,” kata Dias dalam satu kenyataan hari ini.

Dias menjadi pemain ketiga  ditandatangani City  musim ini selepas pertahanan Belanda, Nathan Ake dari Bournemouth dan sayap Sepanyol, Ferran Torres (Valencia). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.