Abu Bakar harap anak buah bangkit - Utusan Malaysia

Abu Bakar harap anak buah bangkit

ABU Bakar Fadzim memberi arahan kepada pemainnya dalam sesi latihan Perak II di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor hari ini. - IHSAN PERAK TBG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim berharap anak buahnya bangkit apabila bertemu Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Lumut esok.

Biarpun masih dipalit kekecewaan selepas tumpas di tangan Kelantan minggu lalu, Abu Bakar berkata, kekalahan itu tidak bererti segalanya sudah berakhir buat Perak II.

“Perjuangan perlu diteruskan, jadi saya mahu pemain motivasi diri agar melakukan kebangkitan,” katanya di sini hari ini.

Abu Bakar mahu pemain melupakan kekecewaan tumpas 0-1 di tangan Kelantan di Kota Baru dengan mengusahakan kejayaan malam esok.

“Yang berlalu biarkan berlalu, jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran.

“Belajar daripada kesilapan sendiri. Saya berharap pemain akan perbaiki kelemahan untuk menghadapi perlawanan ini, “katanya.

PEMAIN Perak II melakukan persiapan menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Negeri Sembilan di Stadium MPM, Manjung esok. – IHSAN PERAK TBG

Menurutnya, Perak II akan berusaha mengutip sebanyak mata yang boleh dalam baki empat perlawanan mereka untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Kata Abu Bakar, pasukannya mungkin tidak menang gelaran liga tetapi sekurang-kurangnya mahu mengakhiri cabaran pada kedudukan baik.

“Saya akan lebih daripada berpuas hati jika Perak II berada pada kedudukan tengah carta di akhir saingan nanti,” katanya.

Perak II mempunyai tiga perlawanan selepas ini iaitu bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) II, diikuti Kuala Lumpur dan akhir sekali, UKM FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.