Abraham penyelamat Chelsea - Utusan Malaysia

Abraham penyelamat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Frank Lampard mahu Chelsea mengambil iktibar atas kesilapan mereka sebelum Tammy Abraham meledak gol lewat permainan untuk mengikat West Brom 3-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Aksi hambar Blues menyaksikan mereka ketinggalan 0-3 menerusi dua gol Callum Robinson dan Kyle Bartley.

Kapten Chelsea, Thiago Silva patut bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan pada penampilan pertama selepas memberikan bola kepada Robinson untuk menjaringkan gol keduanya.

Mason Mount mengetuai kebangkitan Blues pada babak kedua apabila meledak gol minit ke-55 sebelum Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol kedua minit ke-70.

Abraham muncul penyelamat dengan menjaringkan gol penyamaan Blues pada waktu kecederaan.

Ketika Lampard menarik nafas lega dengan kekuatan jentera serangan, namun dia mengakui masih banyak perlu dilakukan bagi mengukuhkan  pertahanannya.

“Anda tidak boleh terus menghukum mereka atas kesilapan yang dilakukan.

“Persoalannya bagaimana anda bangkit pada babak kedua. Saya sentiasa yakin  kami mampu melakukannya tetapi kami tetap keciciran dua mata.

“Ini pengajaran berguna buat kami,” kata Lampard.

Selepas membelanjakan 200 juta pound (RM1.06 bilion) bagi membawa masuk pemain baharu, Chelsea sepatutnya  menjadi kelab yang mampu mencabar kejuaraan liga.

Begitupun, prestasi yang ditunjukkan ketika ini membuktikan mereka jauh ketinggalan di belakang juara bertahan, Liverpool.

“Saya tidak akan mengkritik seluruh permainan ini. Tiada sebarang aspek taktikal yang boleh anda buat analisis kerana semuanya berlaku disebabkan kesilapan mudah.

“Saya menjangkakan ada peningkatan dalam prestasi pemain, namun dari aspek kecergasan pasukan, ia tidak akan berlanjutan sehingga selepas tamat rehat antarabangsa untuk saya lihat kami pada tahap terbaik,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya