fbpx

24 September 2020, 5:25 pm

  TERKINI

Tindakan KAFA tak salah

HUSIN DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melantik dua naib presiden dan bendahari baharu tidak bercanggah dengan perlembagaan badan induk itu.

Walaupun tindakan itu dilakukan secara ‘dalaman’ namun Setiausaha Agung KAFA Husin Deraman tetap mempertahankan langkah berkenaan.

Husin berkata, mengikut perlembagaan, jawatankuasa eksekutif (exco) mempunyai hak untuk melantik mana-mana individu yang difikir layak bagi menggalas tanggungjawab itu.

Menurutnya, pelantikan itu sah sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan semula selepas ini.

“Bagaimanapun jika AGM dilangsungkan dalam masa terdekat, jawatan itu akan tergugur secara automatik,” katanya.

Semalam dalam kalangan peminat bola sepak Kelantan apabila KAFA melantik Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Promosi KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid sebagai Naib Presiden KAFA.

Selain itu, Datuk Muhammad Amin Ridhuwan Ab Aziz turut dilantik untuk jawatan tersebut serta Md Razif Razali sebagai Bendahari KAFA.

Sebelum ini Datuk Rowi Dollah dan Dr. Zaliman Sauli melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden KAFA.

BERITA BERKAITAN