Sathianathan belum selamat? - Utusan Malaysia

Sathianathan belum selamat?

B. SATHIANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kedudukan B. Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih Red Giants belum selamat sekalipun berjaya memenuhi sasaran menjuarai Piala Malaysia dan layak ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.

Kontrak jurulatih berusia 62 tahun itu yang tamat hujung musim ini dikatakan tidak akan disambung kerana Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sudah mempunyai calon baharu.

Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak yang kini berdepan isu tunggakan gaji di Kedah antara yang dikaitkan dengan Selangor.

“Kita akan tengok kepada ­situasi. Terjamin atau tidak masih dalam perbincangan.

“Sasaran kami tidak berubah dan Sathia sudah dimaklumkan tentang perkara itu.

“Kami mahu layak ke Piala AFC tahun depan selaku naib juara Liga Super atau juara piala Malaysia.

“Isu sama ada jurulatih Sathia kekal atau tidak, akan dibincang dalam peringkat komuniti.

“Walaupun beliau menang atau kalah kita akan bincang semula.

“Buat masa ini apa yang boleh saya katakan beliau masih pe­ngendali Selangor,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon semalam.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani perjanjian FAS dan Les’ Copaque Production di Shah Alam.

Johan bagaimanapun menafikan Selangor sudah mempunyai senarai calon jurulatih baharu.

“Apa yang saya cakap hari ini mungkin tidak sama dalam beberapa bulan lagi.

“Tentang (Aidil Shahrin), tidak…sebab jurulatih itu tiada dalam senarai calon buat masa ini sebab kita sendiri belum ada calon.

“Tahun lepas (Sathianathan) tidak menang apa-apa tapi kekal ketua jurulatih pasukan utama, jadi tahun ini kita akan buat penilaian sebelum mengambil keputusan,” katanya.

Mengikut perjanjian pemain atau jurulatih, mereka boleh mengetahui status bersama pa­sukan tiga bulan awal sebelum kontrak berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya