Sanchez sah kekal di Inter Milan - Utusan Malaysia

Sanchez sah kekal di Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan Alexis Sanchez akan menyertai Inter Milan secara tetap.

Sanchez menikmati semusim penuh bersama pasukan yang dibimbing Antonio Conte itu secara pinjaman, dengan semua pihak bersetuju masa depan jangka panjangnya kini terletak di Milan.

Bekas penyerang Barcelona itu bergelut dengan prestasi ketika bersama Red Devils apabila sekadar menjaringkan lima gol daripada 45 penampilan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inter, Giuseppe Marotta baru-baru ini mendedahkan kontrak untuk Sanchez akan diumumkan hari ini, dan Solskjaer mengakui pemain antarabangsa Chile itu tidak akan kembali ke Old Trafford.

“Kami akan mengumumkannya esok, namun hanya boleh mengesahkan kami sudah bersetuju.

“Alexis menikmati permainan di sana, malah Inter juga sukakannya, jadi tiada masalah. Ia perpindahan yang bagus untuknya.

“Kami doakan yang terbaik. Dia pemain hebat, kami mahu lihat perkara terbaik daripadanya dalam bola sepak.

“Atas sebab apa pun, tiada apa yang menarik buatnya ketika dia di sini (United) tetapi dia seorang yang sangat profesional,” kata Solskjaer selepas United membenam LASK menerusi agregat 7-1 dalam saingan 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya