Nasib KIP diketahui Isnin ini - Utusan Malaysia

Nasib KIP diketahui Isnin ini

KHAIRUL Idham Pawi selamat menjalani pembedahan di Barcelona semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status Khairul Idham Pawi, sama ada sempat atau tidak untuk berlumba dalam Grand Prix (GP) San Marino, 13 ­September ini akan diketahui Isnin depan.

Semalam, pelumba MotoPetronas Sprinta Racing Team selepas menjalani pembedahan jari kelengkeng kanan di Barcelona.

Khairul Idham atau lebih dikenali dengan julukan KIP mengalami kecederaan berulang di bahagian jari sama pada kelayakan GP Re-publik Czech, awal bulan ini.

Dia menjalani pembedahan di sebuah hospital di Barcelona, Sepanyol yang mengambil masa kira-kira dua jam.

“Sukar untuk kembali ke hospital sekali lagi bagi me­lakukan pembedahan di jari kelengkeng tangan kanan tetapi sebagai satu pasukan, kami memutuskan ia adalah langkah terbaik.

“Kecederaan telah membe­lenggu saya dalam tempoh yang lama, harap dengan pembedahan akan dapat menyelesaikan isu ini.

“Selepas ini, saya mahu memberi tumpuan kepada perlumbaan semula.

“Dalam pemikiran, saya mempunyai perancangan untuk kembali berlumba di Misano (GP San Marino) tetapi kami perlu menunggu dan melalui proses pemulihan.

“Kami mempunyai masa rehat yang singkat, jadi ia sedikit sebanyak membantu saya.

“Saya akan berusaha dan berlatih dengan gigih dalam tempoh dua minggu ini,” kata Khairul dalam satu kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya