Melaka United buru mata di Ipoh - Utusan Malaysia

Melaka United buru mata di Ipoh

S. Deevan Raj (kiri) menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu Perak di Stadium Hang Tuah, Melaka hari ini. - UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain sayap Melaka United, S. Deevan Raj mahu rakan sepasukannya memburu mata berharga apabila berdepan Perak di Ipoh dalam saingan Liga Super yang bersambung, 26 Ogos ini.

Pemain kelahiran Pe­rak itu berkata, keputusan baik penting untuk membawa pasukan me­lonjak kembali ke tangga teratas selepas berdepan pemotongan mata sebelum ini.

“Kami tidak terjejas dengan masalah dalaman kerana sentiasa berpandukan strategi disusun jurulatih dan bersema­ngat untuk menyumbang kepada pasukan.

“Apabila dipotong tiga mata, kami nak naik ­semula ke atas, jadi itu membakar ­semangat kami untuk beraksi bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di ­Stadium Hang Tuah, semalam.

Sementara itu, pe­nyerang muda skuad Hang Tuah, Jasmir Mehat mengakui, semangat mereka berkobar-kobar apatah lagi menang dalam aksi persahabatan menentang PDRM baru-baru ini.

“Apabila sudah lama tidak bermain tahap keyakinan juga me­ningkat setelah menang baru-baru ini walaupun perlawanan itu cuma aksi persabatan.

“Bagaimanapun, masih ada penambahbaikan yang perlu kami buat, malah saya sendiri belum berpuas hati de­ngan prestasi peribadi,” katanya.

Kata bekas penyerang Terengganu City FC (TCFC) itu, dua lagi aksi persahabatan yang diatur menjadi medan terbaik buat pemain mencari ke­serasian sebelum perlawanan sebenar bermula.

Melaka sebelum ini dipotong tiga mata kerana kegagalan membayar tunggakan gaji pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN