Kalahkan Kedah tingkat keyakinan Perak II - Utusan Malaysia

Kalahkan Kedah tingkat keyakinan Perak II

AKSI pemain Perak II (baju kuning) ketika menentang Kedah dalam aksi persahabatan di Manjung, Ahad lalu. - PERAK TBG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemenangan 2-1 ke atas Kedah dalam perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Ahad lalu meningkatkan keyakinan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim untuk memulakan kempen Liga Perdana yang bersambung 26 Ogos ini.

Meskipun sekadar aksi persahabatan, Abu Bakar puas kerana lawan yang dijinakkan adalah gergasi Liga Super, Lang Merah.

Kata Abu Bakar, kemenangan itu ibarat ‘sinar di hujung terowong’ dan menjadi suntikan semangat buat mereka yang hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan.

“Walaupun lama berehat tetapi pemain menunjukkan persefahaman menerusi gerakan yang kemas.

“Persefahaman yang dipamerkan memang belum sempurna tetapi ini perlawanan pertama selepas lima bulan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Menurut Abu Bakar, berbanding pawal musim, berdasarkan prestasi semasa Perak II, beliau optimis pasukannya mampu memberi saingan apabila Liga Perdana bersambung.

Berdasarkan aksi menentang Kedah, pemain mempamer persembahan meyakinkan serta menunjukkan semangat juang kental.

“Saya berharap semangat ini berkekalan apabila kami turun ke medan pertempuran sebenar namun pemain perlu meneruskan kerja keras untuk mengekalkan kemampuan, ” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya