Hafizh sedar, stabil - Utusan Malaysia

Hafizh sedar, stabil

PELUMBA Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah terbaring selepas terbabit dalam kemalangan pada Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah  stabil selepas terlibat dalam kemalangan ngeri pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg sebentar tadi.

Kejadian itu berlaku apabila pelumba Aspar Team tersebut gagal mengelak motosikal Enea Bastianini yang terlebih dahulu terbabas ketika pusingan keempat sedang berlangsung.

Bos Aspar Team, Gino Borsoi bagaimanapun memberitahu Hafizh dalam keadaan baik dan cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian badan.

“Dia dalam keadaan baik, cuma mengalami lebam di bahagian badannya seperti di pinggang.

“Selepas kemalangan, Hafizh dalam keadaan sedarkan diri,” katanya menerusi Twitter rasmi MotoGP.

KAKITANGAN perubatan memberi rawatan kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang terlibat dalam kemalangan pada Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg hari ini. – AFP

Pelumba berusia 26 tahun itu dikejarkan ke pusat rawatan sejurus terlibat dalam kemalangan dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Perlumbaan tersebut terpaksa dihentikan sementara apabila bendera merah diangkat sebelum diteruskan bersambung kepada 13 pusingan, menyaksikan pelumba KTM, Jorge Martin memenangi perlumbaan itu.

Menurut ciapan Twitter MotoGP, Hafizh mengalami hentakan di pinggul namun imbasan pertama mendapati tiada sebarang keretakan di bahagian tersebut.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendoakan agar pelumba kelahiran Selangor itu agar segera sembuh.

“Saya baharu terima khabar tentang kemalangan Hafizh Syahrin sebentar tadi dan ALhamdulillah, beliau dalam keadaan sedar.

“Doa saya bersama anda supaya segera sembuh,” katanya menerusi Facebook miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya