Adly kembali ke pangkuan Pafa - Utusan Malaysia

Adly kembali ke pangkuan Pafa

ADLY SHAH AHMAD TAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengurus Liga Super Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah dilantik semula selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Pelantikan beliau dibuat dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa persatuan itu di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya di sini semalam.

Adly menerima pencalonan daripada semua 18 ahli gabungan Pafa.

Jawatan Timbalan Presiden Pafa kosong berikutan peletakan jawatan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Azman Abu Seman yang bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya pada 1 Disember tahun lalu.

Adly, 48 pernah menjadi Timbalan Presiden Pafa apabila memenangi jawatan itu untuk penggal 2018-2021 ketika Persatuan itu diterajui oleh Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim.

Serentak itu juga, beliau dilantik pengurus pasukan tetapi kemudian meletakkan kedua-dua jawatan di pertengahan jalan.

Adly kemudian dilantik semula selaku pengurus pasukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebaik dilantik Presiden Pafa menggantikan Hasnul.

Dalam ucapan. Adly menyuarakan penghargaannya kepada warga Pafa di atas kepercayaan diberikan kepadanya.

“Ini amanah besar bagi saya. Justeru saya akan berusaha menjaga kebajikan dan meningkat mutu pasukan bolasepak negeri agar dapat bertanding di peringkat tinggi.

“Saya akan membantu Presiden untuk memastikan Pafa bergerak ke hadapan serta menjaga keperluan ahli gabungan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya