Kisona pencabar Azizulhasni, Farah Ann - Utusan Malaysia

Kisona pencabar Azizulhasni, Farah Ann

S. Kisona gagal menyumabng mata buat Malaysia ketika aksi terakhir Kumpulan D menentang Kanada, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejutan memenangi pingat emas Sukan SEA di Filipina tahun lalu membolehkan pemain muda sensasi, S. Kisona disenaraikan dalam lima calon akhir Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.

Pemain badminton wanita berusia 21 tahun itu akan menjadi pencabar utama kepada dua ikon sukan tempatan, Azizulhasni Awang (berbasikal trek) dan ratu gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi.

Jika Azizulhasni cemerlang menjuarai acara keirin pada Trek Siri Dunia 2019 di New Zealand, pencalonan Farah Ann, 26, pula dibuat berdasarkan kejayaannya memenangi tiga emas gimnastik artistik dalam Sukan SEA 2019.

Turut dicalonkan atlet wusyu yang meraih dua pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, Loh Choon How dan peluncur ais, Julian Yee yang mempertahankan emas pad temasya sama.

Empat atlet para, Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), S. Suresh dan Wiro Julin (memanah) serta Ziyad Zulkifli (olahraga) dicalonkan bagi Anugerah Atlet Para Terbaik.

Pemenang kedua-dua anugerah utama akan menerima wang tunai RM 10,000 dan trofi.

Majlis anugerah akan diadakan di Auditorium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, 12 Ogos ini.

“Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2019, turut akan diraikan adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000,” kata Presiden SAM, Jasni Shafie dalam sidang akhbar di Bukit Kiara semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.