Piala Razak: Semua pasukan main percuma - Utusan Malaysia

Piala Razak: Semua pasukan main percuma

ANIL Jeet Singh (kiri) dalam siding akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pasukan yang bakal menyertai Piala Razak September depan wajar berterima kasih kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kerana buat julung kalinya ‘membuang’ yuran penyertaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kejohanan yang bakal memasuki edisi ke-58 sepatutnya mengenakan yuran RM100 setiap pasukan, namun kali ini peserta akan bermain secara percuma atas arahan Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Untuk makluman, Piala Razak yang akan berlangsung pada 18 hingga 26 September depan ini kita tidak minta yuran, bermakna semua peserta bermain secara percuma,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat ahli jawatankuasa pertandingan MHC kali kelima di Bukit Jalil hari ini.

Sebanyak 15 pasukan lelaki mengesahkan penyertaan pada kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional melibatkan ATM, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, PDRM, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Pasukan wanita pula mempunyai 11 penyertaan melibatkan ATM, Kedah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, PDRM, Perak, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Sementara itu, Anil memberi jaminan tidak akan berlaku kelewatan pembayaran wang kemenangan seperti mana yang terjadi pada edisi lalu.

“Sepatutnya tiada isu (kelewatan pembayaran wang kemenangan edisi 2019) sebab waktu itu kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pergerakan kita juga terbatas.

“Tetapi kali ini saya yakin tidak akan berlaku lagi, kecuali PKP diadakan semua,” katanya yang akan mengumumkan wang kemenangan Piala Razak 2020 sebelum kejohanan bermula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya