Permohonan IPS2020 hingga 15 Ogos - Utusan Malaysia

Permohonan IPS2020 hingga 15 Ogos

GAMBAR Facebook Kementerian Belia dan Sukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Susulan meraih sambutan positif, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melanjutkan tarikh tutup bagi permohonan Inisiatif Prihatin Sukan (IPS) 2020 dari 17 Julai kepada 15 Ogos depan.

Menurut KBS, pemohon dinasihat mematuhi syarat yang telah ditetapkan terutama berkaitan keperluan untuk melengkapkan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Menurut KBS, setiap permohonan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Khas dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Inisiatif Prihatin Sukan 2020 adalah langkah proaktif KBS bagi membantu penggiat sukan negara terutama dalam kalangan persatuan sukan tanah air yang berdaftar di bawah PJS dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Sejak dilancarkan pada 17 Jun lalu, sebanyak 248 permohonan telah diterima  dalam sistem merangkumi permohonan di bawah IPS20A (bantuan pengurusan persatuan sukan kebangsaan), IPS20B (bantuan menjalankan program aktiviti) dan IPS20C (bantuan program pendigitalan, pengkomersialan dan penyelidikan serta pembangunan),” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam masa sama KBS berharap lanjutan tarikh tutup permohonan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh persatuan, sekali gus memberi sinergi baharu kepada pembangunan sukan.

Bantuan  dibahagikan kepada tiga jenis bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta iaitu bantuan yang terbesar, RM3 juta dan RM2 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya