Otak mereka di luar 'cranium' - Utusan Malaysia

Otak mereka di luar ‘cranium’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang yang berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan mural pemimpin negara menyifatkan otak si pelaku seperti di luar ‘cranium’.

Dalam status di Instagram, Azizulhasni mengakui geram dengan tindakan itu kerana menghina pemimpin termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Lepas tengok gambar yang baru viral ni, terus saya jadi Hijau.

“Pertama, kesian dekat tiga pelukis berbakat yang bekerja keras untuk menyiapkan mural yang cantik ni, lepas tu senang-senang je diconteng dengan sebegitu rupa kemudian sekarang dah pulak kena padam. Naya betul.

“️Keduanya, perbuatan menconteng dengan perkataan cacian dan hinaan adalah terang-terang suatu tindakan yang otaknya terletak di luar ‘cranium’.

“Terakhir sekali, yang diconteng tu pula adalah gambar Yang di-Pertuan Agong, pemimpin tertinggi negara dan Raja yang berdaulat. Bukankah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa agama mahupun bangsa, harus menghormati Raja seperti yang termaktub di dalam rukun negara.

“Geram dan sakit hati betul tengok perbuatan vandalisme makhluk yang tidak bertanggungjawab. Saya mengutuk sekeras-kerasnya akan perbuatan ini dan harap makhluk tersebut akan di bawa ke muka pengadilan.

“Semoga kita semua dijauhkan dari tindakan yang tidak bermoral ini dan kepada orang ramai yang mempunyai maklumat akan kejadian ini, silalah berikan keterangan kepada pihak polis @pdrmsia_official,” katanya.

Semalam tular mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam menjadi mangsa vadalisme apabila diconteng dengan kata-kata kesat.

Terbaru dilaporkan dua wanita dipercayai menjadi dalang merosakkan mural pemimpin itu selepas kelibat mereka dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya