Doakan saya rakyat Malaysia- Hafizh - Utusan Malaysia

Doakan saya rakyat Malaysia- Hafizh

HAFIZH Syahrin Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan memulakan di petak ke-22 dalam perlumbaan MotoGP Andalucia di Jerez hari ini selepas gagal mencatat masa terbaik pada sesi kelayakan namun dia yakin mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik.

Mengakui kecewa, tetapi penunggang pasukan Inde Aspar Team Moto2 tidak mudah patah semangat dan ianya dapat dilihat ketika perlumbaan sebelum ini yang menyaksikan Hafizh berjaya meraih kedudukan keenam walaupun memulakan saingan di Litar Jerez dari petak ke-15.

“Sesi kelayakan tadi saya amat kecewa kerana saya yakin mampu untuk mencatat masa lebih baik tetapi feeling (perasaan) yang saya ada ketika itu, cuaca agak panas (35 darjah celsius) telah mengubah segalanya.

“Jentera (mengalami sedikit masalah) dan keadaan litar kering, jadi saya terpaksa mula di petak ke-22.

“Saya yakin mampu mulakan perlumbaan esok (hari ini) pada kedudukan 15 terbaik tapi kadang-kadang sesuatu terjadi yang saya tidak mampu buat apa.

“InsyAllah, doakan saya dan rakan-rakan di sini. Saya perlu berusaha keras untuk dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik dan harap tidak ada apa-apa berlaku pada permulaan perlumbaan,” kata Hafizh.

Hafizh sebelum ini, telah berjaya memperbaiki prestasinya apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-19 pada Grand Prix (GP) Qatar sebelum saingan ditangguhkan akibat COVID-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya