Perez pelumba F1 pertama positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Perez pelumba F1 pertama positif Covid-19

SERGIO PEREZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SILVERSTONE: Sergio Perez menjadi pelumba Formula Satu (F1) pertama sejak permulaan musim ini disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menarik diri daripada Grand Prix Britain hujung minggu ini.

Bagaimanapun, penganjur menegaskan perlumbaan Ahad ini tetap diteruskan kerana perkara itu ‘tidak memberi kesan besar kepada saingan’.

“Susulan pengumuman Sergio positif Covid-19 di Litar Silverstone menjelang Grand Prix Britain, kami dengan sedihnya mengumumkan pelumba itu tidak dapat mengambil bahagian dalam perlumbaan hujung minggu ini,” kata pasukan Racing Point dalam satu kenyataan.

Pemandu Mexico berusia 30 tahun itu adalah pelumba pertama diuji positif virus berkenaan sejak kejuaraan dunia dimulakan lewat daripada jadual asal iaitu di Austria, awal bulan ini.

“Sergio berada dalam keadaan baik dan bersemangat tinggi tetapi dia akan meneruskan pengasingan diri mengikut panduan pihak kesihatan awam, dengan keutamaan keselamatan bagi pasukan dan sukan ini,” kata Racing Point lagi.

Perez juga berkemungkinan terlepas perlumbaan di Silverstone minggu depan kerana perlu memenuhi syarat kuarantin 14 hari yang ditetapkan oleh kerajaan Britain.

Dia mungkin digantikan dengan rakan senegara, Esteban Gutierrez atau pelumba Belgium, Stoffel Vandoorne bagi perlumbaan Ahad ini, iaitu saingan keempat musim ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.