Mocha, ‘ratu air mata’

Mocha, ‘ratu air mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan hanya manusia yang menangis bila dilanda kesedihan malah, kini kucing pun sudah pandai menjadi ‘ratu air mata’.

Perkara itu dikongsikan Siti Khadijah Hassan, 37, ketika bercerita mengenai kucing betina peliharaannya, Mocha.

Si comel berusia empat bulan daripada baka domestic long hair itu pantang melihat tuannya tiada di rumah.

“Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), saya tengoknya mengiau tanpa henti, sambil berlegar-legar di depan pintu atau tingkap seperti menanti saya dan suami pulang.

“Mocha langsung tidak bersemangat untuk bermain.

“Disebabkan terlalu manja, maka ia mudah menangis bila ditinggalkan sendirian di rumah mahupun ketika merajuk,” katanya baru-baru ini.

Selepas dipujuk, kucing itu cenderung mengekorinya ke mana-mana sahaja di dalam rumah tanpa mahu berenggang.

 

Garang
Siti Khadijah berkata, sifat manja dan mengada-ngada Mocha itu hanya ketika bersama mereka sahaja.

Bila tetamu berkunjung ke rumah, ia biasanya menyorok di dalam bilik.

Tindakan itu bukan bermakna ia takut atau malu tetapi tidak suka berjumpa dengan orang lain terutama kanak-kanak.

Malah, katanya, Mocha juga tidak suka bergaul dengan kucing-kucing lain.

“Setiap kali membawanya ke pusat dandanan dan hotel penginapan kucing, riak wajah Mocha terus bertukar menjadi bengis.

“Kalau saya beri makan kepada kucing jalanan di sekitar rumah, Mocha mula tunjuk rasa cemburu.

“Bahkan, bila kami mengambil keputusan untuk bela seekor lagi kucing, Mocha mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri,” katanya.

 

Disiplin
Baginya, Mocha merupakan kucing yang berdisiplin kerana tidak pernah mencakar sofa di ruang tamu, mahupun langsir-langsir di rumah.

Selain itu, ia tidak berani memanjat kerusi dan meja makan atau mencuba mencuri lauk.

“Keadaan dalam rumah sentiasa kemas kerana Mocha bukan jenis yang suka membuat sepah dan bermain secara melulu, seolah-olah ia menghormati kami,” katanya.

Perangai disiplin Mocha itu turut dicontohi Micho.

Kedua-duanya bijak membuang najis di kotak pasir.

Gemar bergaya
Mocha tidak akan meninggalkan rumah tanpa mengenakan sebarang pakaian.

Kata Siti Khadijah, haiwan kesayangannya itu tidak pernah meronta jika disarungkan pakaian.

Jika mahu keluar berjalan, Mocha sudah bersiap-sedia menunggu di depan ‘almari’ bajunya.

“Setiap kali ke pusat beli-belah mesra haiwan peliharaan dan kedai dandanan kucing, saya akan memakaikan kedua-dua kucing dengan pakaian serta aksesori berlainan.

“Namun, jika ke veterinar, Mocha tidak akan dipakaikan sebarang pakaian, sekali gus membuatkannya sedih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×