SOALAN Cara hadapi kehilangan orang tersayang? Saya baru tahu kawan baik saya sudah meninggal selepas panggilan dan mesej tidak berjawab. Saya berasa hilang arah. Apa yang patut dibuat? -Yang hilang JAWAPAN Kehilangan insan tersayang merupakan antara pengalaman paling sukar dalam hidup. Ia bukan sekadar kehilangan fizikal, tetapi juga kehilangan sumber kekuatan diri. Kesedihan berpanjangan boleh menggugat emosi, tumpuan dan semangat hidup, malah jika tidak diurus dengan baik, ia boleh…










