Sewaktu menuntut ilmu di pusat pengajian tinggi lebih sedekad lalu, bermain cinta itu suatu kepantangan besar dan dianggap sebagai pencuri masa seorang bergelar siswazah. Sebabnya lebih banyak masa diisi dengan berkepit dengan pasangan berbanding rakan sekuliah. Tahu ya beza antara wajah pelajar single dengan yang sudah berpunya. Saya memang kurang gemar melepak dengan pelajar yang sudah berpunya. Perasaan mereka juga tidak sama dengan pelajar normal lain. Cepat sentap dan cemburu…










