KIRA-kira sedekad lalu, kelibat ninja popular, Naruto Uzumaki, pernah mencuri perhatian warga Sibu, Sarawak. Berkostum oren terang, lengkap dengan pengikat kepala berlogo Kampung Daun Tersembunyi (Konohagakure) dan rambut kuning terpacak, kemunculannya di sekitar bandar itu membuatkan kanak-kanak dan remaja teruja. Malah, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama watak anime dari Jepun ini. Namun, di sebalik penampilan ninja lelaki itu, rupanya ia digayakan oleh seorang wanita, Siti Nurfatwa Abdul…