Fesyen ikonik Puteri Diana pukau Met Gala 1996

Fesyen ikonik Puteri Diana pukau Met Gala 1996

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN hanya menghadiri Met Gala sekali sahaja pada 1996, penampilan Puteri Diana tetap menjadi detik paling diingati dalam sejarah acara fesyen berprestij itu.

Dikenali sebagai ikon gaya paling berpengaruh pada era 1990-an, kehadiran beliau mencuri perhatian ramai, bukan hanya kerana status sebagai kerabat diraja, tetapi juga keberanian fesyennya.

Beliau tiba di Muzium Seni Metropolitan hanya beberapa jam selepas mendarat di New York City menaiki pesawat Concorde.

Ketika menaiki tangga ikonik Met Gala bersama rakannya, Harper’s Bazaar dan Liz Tilberis, beliau seolah-olah sudah bersedia menerima segala sorotan yang tertumpu kepadanya.

Dengan mengenakan gaun slip biru gelap inspirasi pakaian tidur yang dihiasi renda hitam, Diana secara diam-dia mengubah rekaan tersebut menjadi lebih menggoda daripada idea asal perekanya.

Busana itu merupakan hasil rekaan John Galliano, yang ketika itu baharu sahaja meninggalkan Givenchy untuk menerajui rumah fesyen Dior.

Tema Met Gala ketika itu, berserta pameran yang mengiringinya, memberi tumpuan kepada pengasas jenama Perancis, Christian Dior.

Tugasan pertama Galliano adalah untuk mereka pakaian bagi tetamu paling terkenal malam itu.

KELUAR DARI ETIKA PAKAIAN DIRAJA
Menceritakan pengalaman itu dalam siri dokumentari, ‘In Vogue: The 90s’ tahun lalu, pereka fesyen British itu berkata, beliau cuba memujuk Diana untuk mengenakan gaun berwarna merah jambu, namun ditolak olehnya.

Diana tetap bertegas dengan pilihannya, malah setelah menerima gaun tersebut, beliau mengubah secara diam-diam tanpa pengetahuan Galliano.

“Saya masih ingat ketika (Diana) keluar dari kereta, bagaikan tidak percaya apabila dia membuang korset pada busana tersebut,” kata Galliano.

Penulis biografi diraja, Katie Nicholl mendakwa, Diana bimbang pakaian mencolok mata itu mungkin memalukan anak lelakinya, Putera William, yang ketika itu berusia 14 tahun.

Namun, penampilan tersebut kelihatan diterima baik oleh pihak media dan tetamu lain.

Malah, ia menunjukkan Diana tidak lagi terikat dengan etika pakaian diraja, yang menetapkan pemakaian gaun pesta (atau sekurang-kurangnya gaun malam panjang yang tidak terlalu menonjol) untuk acara seperti Met Gala.

CINCIN PUSAKA KELUARGA
Pemilihan aksesori dan perhiasan Diana juga menyampaikan mesej mengenai dirinya.

Beliau mengenakan cincin pertunangan bertakhta nilam di jari manis kirinya. Cincin itu didakwa menjadi simbol kebebasan.

Ia dikatakan mengingatkannya kepada cincin pertunangan ibunya dan keputusan Diana untuk terus memakai serta menjadikannya sebagai pusaka keluarga.

Cincin itu kemudian digunakan oleh William ketika melamar isterinya, Kate Middleton pada 2010.

Bukan sekadar barang kemas, beg tangan Diana turut menjadi simbol pengaruhnya dalam dunia fesyen.

Beg mini yang dibawanya adalah versi kecil daripada yang diterimanya sebagai hadiah daripada wanita pertama Perancis ketika itu, Bernadette Chirac.

Direka oleh bekas pereka Dior, Gianfranco Ferre, beg itu mula dikenali sebagai chouchou, bermaksud kegemaran dalam bahasa Perancis.

Beg tersebut menjadi sangat popular dalam kalangan peminat fesyen dan pada 1996, Dior menamakan semula beg tersebut sebagai The Lady Dior sebagai penghormatan kepada Diana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×