Di sebuah kediaman yang berlatarkan konsep moden, sebatang ranting tinggi menjulur mencuri perhatian. Ia bukan sekadar pengisi ruang kosong, tetapi satu pernyataan berani yang menggabungkan estetika dan emosi. Pemiliknya, pasangan Nur Alia Izzati Ibrahim, 33, dan suami tercinta Mohd. Shukur Ahmad Sukri, 35, menjadikan elemen semula jadi ini sebagai tanda hormat pada keindahan alam yang sering dipandang sepi. “Idea ini datang daripada suami, dia nampak ranting itu semasa kami di…