Mi Tuaran bersama ayam char siu

Mi Tuaran bersama ayam char siu

Keunikan sajian ini terletak pada teknik penyediaannya yang berbeza berbanding mi biasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masyarakat di Semenanjung mungkin masih kurang mengenali mi Tuaran, namun ia merupakan antara hidangan popular di Tuaran, Sabah.

Keunikan sajian ini terletak pada teknik penyediaannya yang berbeza berbanding mi biasa.

Mi digoreng hingga garing dan keemasan, kemudian direbus seketika sebelum digoreng semula bagi menghasilkan tekstur kenyal di dalam dan rangup di luar.

Sebagai pelengkap rasa, hidangkan mi ini bersama sawi pak choy dan ayam char siu.

Bagi penggemar pedas, ia juga enak dinikmati dengan cili kicap.

Kredit: Sous cef, Nelson Dareus

Lokasi: Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran

Bahan-bahan mi
• 200 gram mi Tuaran
• 1 biji telur
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 2 tangkai sawi pak choy
• Minyak masak secukupnya
• Garam secukup rasa
• Lada hitam secukup rasa
• Serbuk perasa secukup rasa

Cara penyediaan mi
• Goreng mi Tuaran hingga keemasan, kemudian rebuskannya selama dua minit dan toskan.
• Celur pak choy selama dua minit, kemudian rendam dalam air ais, toskan dan ketepikan.
• Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan telur dan kacau hingga hancur.
• Masukkan mi, gaul rata dan perasakan dengan garam, lada hitam serta serbuk perasa.
• Gaul hingga sebati dan hidangkan bersama pak choy.
Bahan-bahan
ayam char siu
• 1 keping dada ayam
• 1 sudu besar taucu merah
• Garam secukup rasa
• Lada hitam secukup rasa
• 1 sudu kecil gula
• 1 sudu besar madu

Cara penyediaan
• Perap dada ayam dengan taucu merah, garam, lada hitam, gula dan madu sekurang-kurangnya 30 minit.
• Bakar dalam ketuhar hingga masak dan permukaan ayam sedikit berkaramel.
• Hiris dan hidangkan bersama mi Tuaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN