Penggunaan barangan terpakai atau preloved kini menjadi pilihan ramai pemilik kediaman untuk mencipta ruang mewah tanpa perlu berbelanja besar. Bagi Muhammad Yusri Yusof, barangan terpakai mempunyai nilai estetika tersendiri yang sukar dicari pada perabot baharu di pasaran. Beliau yang juga pemilik akaun TikTok @yusathome berkata, kebanyakan koleksi uniknya diperoleh melalui platform Facebook Marketplace dan Carousell. “Saya gemarkan barangan terpakai kerana selain harganya yang berbaloi, ia selalunya mempunyai nilai estetik tersendiri.…










