Perubahan tingkah laku seperti diam, menyorok atau kurang aktif sering dianggap perkara biasa oleh pemilik kucing. Malah, ada yang menganggapnya sekadar sifat semula jadi kucing yang gemar bersendirian atau berehat dalam tempoh lama. Doktor veterinar, Dr. Wafaa Abdul Washeff berkata, keadaan itu sebenarnya antara tanda paling kerap menunjukkan kucing tidak sihat, selain kehilangan selera makan. “Setiap kucing mempunyai tabiat dan personaliti tersendiri. Oleh itu, pemilik perlu mengenali tingkah laku normal…










