Udang tumis cili bawang putih

Udang tumis cili bawang putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kurang sejam lagi waktu berbuka puasa, tetapi anda baru pulang ke rumah.

Dalam situasi sebegini, hidangan yang mudah dan cepat pastinya menjadi pilihan utama.

Minggu ini, Seri kongsikan resipi udang tumis cili bawang putih yang bukan sahaja ringkas tetapi menyelerakan dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Bahan-bahan:
– 1 kilogram udang segar
– 30 gram cili padi (dikisar)
– 1 biji bawang besar (dikisar)
– 10 biji bawang putih (dikisar)
– 1 inci belacan
– 1 sudu teh serbuk kunyit
– 1 cawan air asam jawa
– 2 batang serai (diketuk)
– Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
– Daun limau purut (dihiris halus untuk hiasan)

Cara penyediaan:
– Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan berminyak
– Masukkan air asam jawa diikuti serbuk kunyit, garam, gula dan perasa
– Masukkan udang dan kacau sehingga masak
– Hiaskan dengan hirisan daun limau purut
– Sedia untuk dihidangkan bersama nasi

Terima kasih : Sous cef, Shabani Md. Akhir
Lokasi : Hotel Dorsett Grand Subang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN