Menjelang penghujung Ramadan, bukan sahaja bazar dan pusat beli-belah dipenuhi orang ramai, malah ruang media sosial juga semakin meriah dengan satu topik yang sama iaitu menunggu duit lebihan cukai masuk ke dalam akaun. Bagi ramai pembayar cukai, lebihan bayaran cukai yang dipulangkan semula ibarat ‘rezeki tambahan’ menjelang hari raya. Tidak hairanlah apabila ramai yang berkongsi gelagat lucu sambil menanti notifikasi kemasukan wang tersebut, lebih-lebih lagi apabila Syawal dijangka disambut minggu…










