Gulai kambing kawah

Gulai kambing kawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gulai kambing kawah cukup sinonim di majlis-majlis kenduri terutama di pantai timur.

Kuahnya yang pekat dengan aroma harum rempah-ratus, menjadikan menu ini sentiasa dinantikan dan menggamit selera tetamu.

Bahan-bahan:
• 1.4 kilogram daging kambing segar
• 150 gram bawang merah (dikisar)
• 50 gram bawang putih (dikisar)
• 40 gram halia (dikisar)
• 1 tangkai daun kari
• 5 tangkai cili kering (dikisar)
• 1 biji tomato (dipotong)
• 2 batang kayu manis
• 4 biji bunga lawang
• Bunga cengkih
• 10 biji buah pelaga
• 1 sudu teh jintan putih
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh serbuk ketumbar
• 1 sudu teh serbuk cili
• santan
• 120 gram serbuk kari
• 20 gram asam jawa
• Gula, garam dan perasa secukupnya

Cara pembuatan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, jintan dan serbuk ketumbar.
2. Masukkan daun kari, diikuti serbuk kari, cili kering (kisar), serbuk cili dan tomato.
3. Masukkan daging kambing, kacau sehingga sebati bersama bahan yang ditumis kemudia masukkan air asam jawa.
4. Masukkan santan sehingga mendidih diikuti perasa, garam dan sedikit gula.
5. Hiaskan dengan buah tomato dan cili besar hijau.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Tips daging kambing cepat lembut

• Masukkan jus nanas muda ketika santan sedang mendidih.

Terima kasih : Sous cef, Shabani Md. Akhir
Lokasi : Hotel Dorsett Grand Subang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN