BAGI setiap pemilik kucing, tiada yang lebih menakutkan daripada mendengar perkataan FIP atau Feline Infectious Peritonitis. Penyakit ini sering dianggap ‘pembunuh senyap’ dalam kalangan kucing kerana ia mudah membawa maut dan sukar dirawat. FIP boleh menyerang kucing kesayangan tanpa amaran, meninggalkan pemiliknya dalam kebimbangan dan keresahan. Bagi Nur Maisarah Nasuha Ramlan, 26, seekor kucing bukan sekadar haiwan peliharaan. Ia adalah teman setia menemani rutin hariannya, malah sudah lama menjadi sebahagian…










