Bermula dengan sekadar rasa simpati terhadap kucing jalanan yang berkeliaran mencari sisa makanan, kini minat itu bertukar menjadi sebahagian daripada kehidupan harian Nur Alieya Ariesa Afandy. Gadis berusia 23 tahun ini tidak pernah menyangka hobinya menyelamatkan kucing jalanan akan membawa begitu banyak kebahagiaan dan kasih sayang dalam hidupnya. Setiap ekor kucing yang diselamatkan gadis yang mesra di sapa Alieya ini mempunyai kisah tersendiri yang menyentuh hati. Ada yang dijumpai dalam…










