Gaya yang menulis jiwa

Gaya yang menulis jiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada sesuatu yang menawan tentang wanita yang mencintai kata-kata. Wanita itu bukan sekadar membaca. Dia menyelami makna, mendengar muzik dalam senyap dan menulis puisi.

Minggu ini, Petit Moi mempersembahkan Literary Muse, koleksi yang terasa seperti helaian halaman sebuah novel yang belum ditamatkan.

Lembut, intelektual dan luar biasa peribadinya.

Ia meraikan wanita yang melihat dunia melalui lensa bahasa dan ekspresi.

Seolah-olah setiap jahitan, lipatan dan warna dalam koleksi ini membawa cerita yang hanya difahami wanita.

Antara helaian yang mencuri perhatian saya ialah virginia shirt in petal.

Seakan menyelak helaian cinta lama yang dijahit semula dengan keanggunan moden.

Bukan sekadar kemeja biasa, tetapi versi lebih baik daripada kemeja jenis boyfriend.

Potongan oversized daripada kain kapas memberikan siluet yang santai tetapi tetap menawan.

Garisan coklat berjalur yang dipadankan dengan sulaman bunga merah jambu di bahagian depan dan lengan mencipta keseimbangan antara klasik serta feminin.

Piping coklat gelap di tepinya menambah keanggunan yang hampir seperti bisikan rahsia.

Padankan virginia dengan seluar tailored putih dan loafers kulit untuk gaya ke pejabat yang bersahaja tapi bijak.

Gaya wanita yang tahu dia tidak perlu menjerit untuk didengar.

Bila hujung minggu tiba, biarkan ia terurai di atas seluar jeans biru pudar dan sandal minimal.

Satu lagi kegemaran saya ialah le boyfriend shirt in tickled pink.

Kemeja yang terasa seperti pelukan lembut daripada seseorang yang membuatkan anda berasa berani menjadi diri sendiri.

Jalur merah jambu halusnya dengan kolar dan cuff yang kontras menonjolkan sisi feminin bijak.

Bukan manja, tetapi yakin. Ia bagaikan helaian pertama dalam bab baru hidup anda.

Untuk gaya siang seperti brunch bersama teman, biarkan ia separa masuk ke dalam skirt satin krim, lengkap dengan cermin mata hitam besar dan beg kecil berstruktur.

Untuk ke pejabat, butangkan sepenuhnya dan tambah rantai emas sederhana di bawah kolar.

Untuk acara petang atau pameran seni, lipat sedikit lengan, tambah seluar linen longgar dan anting-anting berani.

Koleksi Literary Muse bukan sekadar pakaian, ia pernyataan gaya adalah bahasa kedua wanita.

Ia mengingatkan kita yang setiap hari adalah halaman baharu untuk ditulis semula.

Sama ada anda sedang mengejar impian, berlari dari mesyuarat ke kopi atau hanya mencari detik kecil yang membuat hidup terasa indah.

Dalam dunia yang sering terlalu bising, Literary Muse ialah undangan untuk berpakaian dengan tenang, tetapi berfikir lantang.

Di antara lipatan kain dan kata yang tidak disebut, terletak keindahan sebenar seorang wanita yang tahu dirinya adalah cerita paling indah untuk diceritakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN