Makin ramai wanita malaysia turun main pickleball. Ada yang datang penuh gaya, ada yang datang dengan semangat ‘asal boleh pukul bola’, tetapi semua datang dengan satu tujuan yang sama. ‘Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Bila saya tengok mereka, rasa bangga pun ada. Wanita kita bukan sahaja aktif, mereka juga bijak memilih jalan mereka sendiri yang memberi ruang untuk bergerak sambil kekal sopan dan yakin.
Sabtu ini, NADA, jenama pakaian sukan dan Athleisure tempatan untuk pertama kali akan membuka kedai pop-up yang bukan sekadar ruang membeli-belah.
Ia meraikan wanita yang sedang berubah. Wanita yang mahu bersenam tanpa rasa janggal.
Wanita yang mahu masuk gelanggang pickleball sambil rasa, “Eh, aku pun boleh nampak comel tetapi selesa.”
Lebih manis, pop-up ini berlangsung di lokasi yang tengah naik sekarang iaitu Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya.
Tempat yang penuh tenaga, penuh gelak kecil dan vibe ‘Jom nikmati hidup tanpa stres’.
Kedai sementara ini dibuka Sabtu ini pada jam 1 petang.
Anda boleh datang, cuba baju, rasa sendiri materialnya dan jadi antara orang pertama yang tengok koleksi NADA secara dekat.
Suasananya santai dan mesra, macam outing spontan dengan teman-teman anda yang faham maksud selesa dan yakin.
Bagi 150 pelanggan terawal akan mendapat kopi atau matcha percuma.
Anggap sahaja ini hadiah kecil untuk wanita yang selalu jaga semua orang, tetapi jarang diberi ruang untuk diraikan.
Kalau anda tengah cari pakaian aktif yang bukan sekadar cantik, memang susah nak lawan NEO Windbreaker Top in Lilac.
Warna lembut yang buat siapa pun nampak segar walaupun baru habis rally pickleball yang panjang.
Material ringan, tidak panas dan boleh ikut bentuk badan.
Pakai sahaja terus rasa macam angin sepoi-sepoi yang ikut mengalir. Longgar, selesa dan tidak rasa melekat langsung.
Cara penggayaan mudah sahaja. Santai pun tetap cantik. Anda boleh padankan NEO Windbreaker Top dengan jogger hitam atau kelabu.
Kalau mahu nampak lebih kemas, zipkan separuh sahaja supaya ada bentuk tanpa nampak ketat.
Apabila sudah bergaya dengan pakaian yang buat anda rasa ‘aku okay hari ini’, tambahkan sedikit sentuhan no-makeup makeup look supaya wajah nampak segar tanpa berat.
Cukup sedikit tinted moisturiser untuk sekatakan kulit, pemerah pipi krim warna pic untuk bagi hidup pada pipi, gel kening untuk kening kemas, lip tint lembut dan setting spray supaya semuanya kekal walaupun anda tengah smash bola macam pro.
Semua ini bukan tentang trend atau fesyen sahaja. Ini tentang wanita Malaysia yang berani cuba benda baharu sambil kekal dengan identiti diri sendiri.
NADA mungkin sediakan pakaian, tetapi anda yang menjadikannya bermakna.
Kalau anda keluar dari kedai nanti dengan senyum kecil di hujung bibir, itu sudah cukup untuk buktikan satu perkara.
Anda kuat, anda cantik dan anda layak rasa selesa setiap kali anda melangkah.-UTUSAN










